PASIR MAS - Pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Tanjong di sini, ditutup apabila semua mangsa banjir dibenarkan pulang selepas air mulai surut pada Rabu.
Bagaimanapun, tujuh lagi PPS di Rantau Panjang masih menempatkan mangsa banjir walaupun paras air Sungai Golok mula menunjukkan trend menurun kepada 8.54 meter, namun masih berada di paras amaran.