PRU15: Muhamad Fasal positif raih lebih banyak undi kaum Cina

Iklan
Fasal ketika menyantuni masyarakat Cina di DUN Damak.

JERANTUT - Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak, Muhamad Fasal Jamlus positif untuk meraih lebih banyak undi kaum Cina di DUN terbabit sekali gus merampas kembali kerusi yang dimenangi Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menurutnya, selain bekerja keras, beliau gembira kerana jentera MCA turun padang membantunya sepanjang kempen berlangsung setakat ini.

Iklan
Iklan

"Walaupun DUN Damak tidak diwakili oleh calon MCA namun mereka tetap turun padang membantu saya sepanjang tempoh berkempen.

"MCA memberi kerjasama yang bagus dan mereka telah mengadakan beberapa program agar saya dapat menyantuni pengundi Cina,” katanya lagi.

Iklan

Tambah beliau, di kawasan DUN tersebut terdapat lebih 10,000 orang berbangsa Cina layak mengundi kali ini.

"Kita perlu berusaha lebih keras untuk menawan hati pengundi.Kali ini tidak ada calon dari kaum Cina yang bertanding jadi kita perlu pastikan mereka memilih BN pada Sabtu ini,” jelas Fasal.

Iklan

Untuk PRU15, Fasal berdepan saingan daripada penyandang kerusi Dun Damak dari Perikatan Nasional (PN), Zuridan Md Daud; calon Pakatan Harapan (PH) Mohd Rafly Mohd Satar dan calon Bebas, Izudin Ismail.

Pada PRU14, Zuridan yang mendapat 8,444 undi memenangi kerusi yang selama ini menjadi milik BN dengan majoriti 1,456 undi.