LOS ANGELES - Bilionar keempat paling kaya di dunia, Jeff Bezos dengan kekayaannya dianggarkan bernilai AS$124.1 bilion (RM564.03 bilion) baru-baru ini menasihatkan penduduk supaya tidak membeli barangan berharga tinggi seperti kereta dan televisyen kerana bimbang ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan mengalami kemelesetan pada tahun depan.
Rakyat AS boleh mengambil risiko dengan menyimpan wang tunai mereka untuk digunakan pada waktu yang sukar, kata pengasas syarikat peruncitan online, Amazon itu sambil menggariskan petua utamanya untuk bertahan ketika tibanya waktu kemelesetan ekonomi.