KUANTAN - Tiga lelaki ditahan berkait kes pemasangan kain rentang berunsur fitnah terhadap salah seorang calon di Parlimen Bentong pada Rabu.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, satu laporan polis telah diterima berhubung kejadian itu.
Menurutnya, kain rentang tersebut didakwa dipasang di kawasan di sekitar jalan utama industri dan Lebuhraya Central Spine Road (CSR) di Bentong.
"Susulan penahanan tiga lelaki itu, polis turut merampas 30 kain rentang dan kes disiasat di bawah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya melalui satu kenyataan pada Khamis.
Ramli berkata, parti politik bertanding diminta supaya mengingatkan para penyokong agar tidak ramelakukan perbuatan menyalahi undang-und ang.
"Berkempen secara profesional dan berhemah tanpa mengugat keamanan dan kesejahteraan rakyat negeri ini," katanya.
Sementara itu Ramli berkata, dalam tempoh 24 jam pada Rabu, sebanyak 22 laporan polis diterima seluruh negeri bagaimanapun hanya satu kes dibuka kertas siasatan.
"Setakat ini secara keseluruhannya, sebanyak 326 laporan polis diterima dalam tempoh berkempen di Pahang dengan 19 kertas siasatan dibuka.
"Dalam tempoh sama, sebanyak 353 permit kempen diluluskan teemasuk 300 permit ceramah," katanya.