Djokkovic dibenar beraksi di Terbuka Australia 2023

Iklan
Djokovic FOTO- Agensi

BEKAS pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic berpeluang untuk menyertai Terbuka Australia tahun depan selepas kerajaan negara tersebut meluluskan permohonan visanya.

Kerajaan Australia dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan memberikan visa kepada Djokovic selepas pihaknya mempertimbangkan semua faktor yang berkaitan.

Iklan
Iklan

"Djokovic telah diberikan visa sementara untuk memasuki Australia,” kata Menteri Imigresen Australia Andrew Giles.

Sementara itu Djokovic, yang masih belum divaksinasi, mengesahkan bahawa dia kini telah diberi kebenaran untuk bertanding pada kejohanan tersebut.

Iklan

"Saya sangat gembira menerima berita itu semalam. Terbuka Australia adalah Grand Slam saya yang paling berjaya kerana pernah mencipta beberapa kenangan terbaik di sana.

"Sudah tentu, saya mahu kembali ke sana. Saya mahu bermain tenis dan melakukan yang terbaik di kejohanan tersebut,”ujarnya.

Iklan

Pemain berusia 35 tahun itu sebelum ini, dihantar pulang oleh kerajaan Australia sehari sebelum berlangsungnya Terbuka Australia 2022 selepas dia tiba di negara tersebut tanpa vaksin Covid-19.