'Gelombang' Shahidan bantu PN rampas Perlis

Iklan
Tuan Ibrahim (kiri) semasa hadir Ceramah Mega Kubang Kerian Sejahtera, di Pasir Tumboh, Kota Bharu pada Rabu.

KOTA BHARU - Gelombang yang dibawa oleh calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim mampu membantu parti itu menumbangkan BN sekali gus membentuk kerajaan baharu di Perlis selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia dapat dirasai apabila Shahidan turun sendiri berkempen di seluruh negeri itu bagi membantu PN.

Iklan
Iklan

"Seluruh negara cukup mengenali siapa beliau (Shahidan), apatah lagi di Perlis," katanya selepas menyampaikan Ceramah Mega Kubang Kerian Sejahtera, di Pasir Tumboh di sini pada Rabu.

Menurut beliau, selain faktor Shahidan, gerak kerja yang telah dilakukan oleh Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut memainkan peranan dalam membantu kemenangan PN.

Iklan

Beliau turut mengharapkan gerak kerja itu akan berterusan bagi memastikan PN mampu menawan Perlis pada PRU15.

Sebelum ini BN membuat kejutan apabila menggugurkan nama Shahidan sebagai calon Parlimen Arau.

Iklan

Tindakan itu menyebabkan Shahidan menyertai PN dalam misi mempertahankan kerusi Parlimen tersebut.