Tawar konsep khidmat kebajikan

Iklan
Rafique Rashid harap pengundi memilih berdasarkan kelayakan calon bukannya mengukur lambang parti semata-mata.

Rafique Rashid anggap politik wadah untuk buat kebaikan

Rakyat adalah majikan dan semua calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah dalam fasa mencari pekerjaan demi rakyat.

Demikian pendirian calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)-Gerakan Tanah Air (GTA) bagi kerusi Parlimen Shah Alam, Muhammad Rafique Rashid Ali yang juga merupakan seorang peguam.

Iklan
Iklan

"Selama ini kita angkat pemimpin, kita gahkan pemimpin. Saya mahu terbalikkan fahaman ini, sebenarnya rakyat adalah majikan.

"Jadi, dua minggu tempoh berkempen ini bukan untuk kenalkan calon, tetapi semua calon Parlimen ini sebenarnya sedang mencari kerja.

Iklan

"Kami dalam sesi temu duga yang besar, secara bersemuka, secara dalam talian, semasa ceramah, melalui poster calon dan sebagainya. Kita nak kerusi untuk bekerja untuk rakyat,” katanya ketika wawancara eksklusif bersama Sinar Harian pada Selasa.

Rafique Rashid berkata, pengalaman selama lebih 20 tahun sebagai peguam menjadikan beliau begitu dekat dengan masyarakat khususnya dalam hal-hal menyelesaikan masalah.

Iklan

Justeru, sejajar dengan pembaharuan yang mahu dibawa Pejuang-GTA, beliau menawarkan konsep khidmat kebajikan untuk masyarakat demi membentuk masa depan Malaysia yang lebih baik bermula di Parlimen Shah Alam.

"Kita dibesarkan atau diberi konsep hanya orang politik atau parti politik yang boleh selesaikan masalah rakyat terutamanya di Parlimen. Sebenarnya, politik hanya menjadi satu wadah untuk membuat kebaikan.

"Saya membawa konsep beramanah, kena bersih, kena ikhlas. Sebab kita tak menjawab hanya kepada lebih 165,000 pengundi di Shah Alam tetapi menjawab kepada keluarga besar Shah Alam 512,000 warga di kawasan Parlimen ini,” katanya.

Parlimen Shah Alam juga begitu dekat dengan kehidupan harian bapa kepada dua orang anak ini termasuk isu trafik, isu pendidikan termasuk isu ekonomi peniaga-peniaga.

"Saya berdepan dengan trafik Shah Alam setiap hari, anak-anak saya masih bersekolah dan isteri saya merupakan peniaga di Shah Alam. Jadi masalahmasalah dihadapi rakyat Shah Alam juga saya dapat rasai,” katanya.

Perkasa peluang pekerjaan

Dalam pada itu, Rafique Rashid berkata, beliau melihat isu peluang pekerjaan anak muda di kawasan Parlimen ini sebagai perkara yang perlu diberi perhatian serius disebabkan masalah kebergantungan pekerja asing yang tinggi di Shah Alam.

"Kilang sekarang ini tidak lagi kilang seperti dulu. Ia terdiri daripada kilangkilang berteknologi tinggi. Jadi mungkin kita boleh wujudkan program latihan berkemahiran tinggi enam bulan atau setahun bersama anak-anak muda.

"Saya juga mahu memperkasakan semula infrastruktur gajah putih, tambah jalur lebar menjadikan Shah Alam ini lebih hip, lebih meriah, jadi anak muda akan tertarik,” jelasnya.

Rafique Rashid sibuk menemui warga Shah Alam sepanjang tempoh dua minggu kempen yang diberikan.

Pada masa sama, beliau mengambil pendekatan melaksanakan sesi townhall pada Khamis untuk bersemuka dengan pengundi-pengundi 18 tahun dan pengundi baharu sebagai platform mendengar isu-isu lain yang perlu diberi perhatian.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Peguam Pejuang berharap pengundi memilih berdasarkan kelayakan calon yang mampu mengangkat suara mereka bukannya mengukur lambang parti semata-mata.

"Saya sentiasa percaya kepada tiga perkara yang kita lakukan iaitu kena ada usaha, berdoa dan tawakal.

"Keputusan di tangan rakyat. Menang atau kalah pada 19 November itu soal pokok yang kedua. Yang utama, kalau kita nak melakukan perubahan, kita tak patut lihat kepada keputusannya. Kita patut mulakan langkah,” tambahnya.

PROFIL

Nama: Muhammad Rafi que Rashid Ali

Umur: 45 tahun

Pendidikan: ljazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian (LL.B Hons) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Kerjaya: Pengamal undang-undang selama 20 tahun (Firma guaman di Shah Alam)

Nama kertas undi: Rafique Rashid

Senarai dalam kertas undi: Nombor 2

JAWATAN PROFESIONAL

Ahli Jawatankuasa Majlis Peguam Malaysia (2018-2021).

Ahli Jawatankuasa Peguam Selangor (2015-2018).

Pensyarah Separuh Masa/Fasilitator Sambilan, Fakulti Syariah dan UndangUndang Universiti Sains Islam Malaysia.

Penceramah jemputan di universitiuniversiti tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa UndangUndang Jenayah/Sukan dan Kebajikan/ Kursus Advokasi Kepeguaman.

Aktivis Kemasyarakatan dan Undang-Undang.

Peguambela bagi kes-kes berkepentingan awam.

AKTIVITI KEMASYARAKATAN

Aktivis Kemasyarakatan bersama Pertubuhan Komuniti Khalifah Selangor.

Khidmat bantuan guaman melalui Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Penganjur kelas Tadabbur Al-Quran secara dalam talian sejak tahun 2019.

ADVERTORIAL