Hati-hati 'bermain' media sosial di Qatar

Iklan
Gianni. - Foto: Agensi.

PARA pemain yang beraksi di Piala Dunia Qatar perlu berhati-hati ketika 'bermain' media sosial kerana kegiatan mereka akan dipantau Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Presiden FIFA, Gianni Infantino berkata, ia adalah perkhidmatan baharu bagi membendung mesej berunsur provokasi dan diskriminasi di media sosial.

Iklan
Iklan

Perkhidmatan Perlindungan Media Sosial itu bagi mengelakkan pemain melihat mesej tersebut ketika membuka telefon bimbit di bilik persalinan beberapa minit sebelum sepak mula.

Pemantauan itu bagi memastikan pemain tidak terjejas dengan mesej berbaur perkauman, ugutan serta provokasi dan mesej sedemikian akan dilaporkan ke rangkaian sosial serta pihak berkuasa.

Iklan

"FIFA komited memberika keadaan terbaik untuk pemain selesa beraksi," ujar Infantino.

FIFA mendedahkan lebih separuh daripada pemain beraksi di Kejohanan Eropah tahun lalu dan Piala Negara-Negara terjejas dengan komen berbaur perkauman dan penghinaaan.

Iklan