Kampung Cemperai ditenggelami air 1.5 meter

Iklan
Penduduk dipindahkan dengan menggunakan bot ketika anggota BBP Dengkil menjalankan operasi banjir di Kampung Cemperai, Dengkil Khamis. - Foto Bomba Selangor

DENGKIL - Paras air sungai di Kampung Cemperai, di sini dilaporkan semakin meningkat hingga mengakibatkan 40 buah rumah terjejas akibat banjir pada Khamis.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dengkil dengan satu jentera telah dikejarkan ke lokasi untuk operasi banjir.

Iklan
Iklan

"Setakat jam 9.30 pagi, beberapa kawasan kampung ini telah ditenggelami air sedalam kira-kira 1.5 meter.

Sementara itu, di Taman Daya Maju dan Taman Daya Meru, Klang paras air longkang dan parit didapati telah melepasi tebing.

Iklan
Anggota BBP Dengkil menjalankan operasi banjir di Kampung Cemperai, Dengkil pada Khamis. - Foto Bomba Selangor

Katanya, rondaan anggota dari BBP Kapar mendapati limpahan air telah menjejaskan 70 buah rumah penduduk.

Di Persiaran Sungai Keramat, Persiaran Batu Belah, Jalan Sumazau dan Jalan Gamelan di Klang, terdapat limpahan air longkang di sekitar jalan raya.

Iklan

"Bagaimanapun, semua laluan setakat ini masih boleh dilalui dan tiada pemindahan mangsa," ujarnya.