SEOUL - Korea Selatan menutup ruang udaranya bagi memastikan kesunyian dan menawarkan anggota-anggota pengiring polis kepada lebih sejuta pelajar yang mengambil peperiksaan untuk kemasukan institusi pengajian tinggi terkemuka pada Khamis.
Kementerian Pendidikan Seoul berkata, 508,030 pelajar menduduki ujian tahunan itu pada tahun ini yang keputusannya penting bagi mendapatkan tempat di universiti terkemuka.
Kejayaan dalam peperiksaan itu juga dilihat sebagai kunci kepada kerjaya yang menguntungkan dan juga prospek perkahwinan.
Tekanan besar ke atas pelajar dalam sistem pendidikan ultra-kompetitif Korea Selatan telah dipersalahkan atas kemurungan remaja dan kadar bunuh diri yang merupakan antara yang tertinggi di dunia.
Peperiksaan tahun ini, yang dikenali sebagai Suneung iaitu singkatan untuk Ujian Keupayaan Skolastik Kolej menandakan tahun ketiga ia diadakan di bawah sekatan Covid-19.
Langkah berkaitan pandemik terus menjejaskan para pelajar yang perlu membawa air dan makan tengah hari mereka sendiri serta memakai pelitup muka sepanjang ujian bermula jam 8.40 pagi waktu tempatan.
Pada waktu makan tengah hari, para pelajar yang mengambil peperiksaan akan diberikan skrin tiga segi untuk melindungi mereka daripada orang lain sebagai sebahagian daripada langkah pencegahan Covid-19 dan mereka dilarang daripada berbual atau makan dalam kumpulan.
Anggota-anggota polis tempatan telah dipanggil untuk membawa pelajar yang lewat masuk ke bilik darjah sama ada dengan menunggang motosikal atau menaiki kereta polis seperti yang berlaku pada tahun-tahun sebelumnya. - Agensi