Terbuka Australia: Tze Yong cemerlang ke suku akhir

Iklan
Tze Yong - Foto: BADMINTON PHOTO

Tze Yong lepasi ujian Kwang-hee

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong meneruskan prestasi positif di Kejuaraan Badminton Terbuka Australia apabila mengesahkan slot suku akhir pada Khamis.

Pada perlawanan pusingan 16 di Pusat Quay, Sydney, Australia itu, Tze Yong menyingkirkan cabaran bintang dari Korea Selatan, Heo Kwang-hee dalam perlawanan selama 68 minit.

Iklan
Iklan

Pada set pertama pemenang pingat perak Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu mengatasi cabaran Kwang-hee, 21-16.

Begitupun aksi set kedua menyaksikan Kwang-Hee yang berjaya mencipta kebangkitan dengan meraih kemenangan 21-19 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Iklan

Bagaimanapun pemain yang menduduki ranking ke-32 itu gagal menyekat kebangkitan Tze Yong bagi membolehkan bintang muda negara berusia 22 tahun itu menoktah kemenangan 21-5 pada set ketiga.

Untuk rekod, Tze Yong pada Rabu berjaya mengetepikan cabaran pemain Australia, Jacob Schueler, 21-13, 21-15 dalam masa 39 minit.

Iklan