Datin didakwa ceroboh tapak pembinaan

Iklan

KAJANG - [DIKEMASKINI] Seorang ahli perniagaan wanita bergelar Datin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kajang di sini atas pertuduhan menceroboh tapak pembinaan milik seorang Datuk Seri, dua minggu lalu.

Tertuduh, Datin Nabilah Sanusi, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mazilah Manap.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, wanita berusia 45 tahun itu didakwa dengan curang masuk ke kawasan tapak pembinaan di Lot 49130 berlokasi di Bandar Baru Bangi milik Datuk Seri Ismail Abdur Rahman pada 31 Mac lalu jam 10 malam.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan penjara tiga bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Iklan

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nurliyana Mohd Sulaiman manakala tertuduh diwakili peguam Nazrul Hadi.

Iklan