PRU15: 'SPR jangan buat keputusan saat akhir'

Iklan
Nurul Izzah (tengah) pada sidang akhbar yang diadakan di Yayasan Aman pada Khamis.

PERMATANG PAUH - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diingatkan supaya tidak membuat keputusan saat akhir sama ada mahu meneruskan hari pengundian pada 19 November ini atau menangguhkan pada satu tarikh lain.

Ia berikutan terdapat kawasan dan pusat pengundian yang terjejas dengan banjir berikutan peralihan Monsur Timur Laut yang melanda negara ketika ini.

Iklan
Iklan

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berkata, dalam peraturan pilihan raya terdapat peruntukan yang diberikan dalam menunda bukan membuat pilihan raya semula sekiranya berlaku hal sedemikian.

"Saya rasa penting juga memahami dalam urusan dan peraturan pilihan raya sendiri..ada peruntukan yang diberikan dalam menunda bukan membuat pilihan raya semula... kita kena jelas bab ini kerana yang minta sangat, desak sangat undi semasa banjir ini ialah UMNO dan kerajaan BN dan Perikatan Nasional (PN).

Iklan

"Jadi kita akan teruskan pilihan raya, hormati proses tetapi kalau perlu tunda di kawasan-kawasan mengalami banjir contohnya di Klang dan sebagainya, SPR perlu umum dan lakukan sekarang," katanya pada sidang akhbar di Yayasan Aman di sini pada Khamis.

Nurul Izzah yang juga calon Pakatan Harapan (PH) Permatang Pauh berkata, keputusan segera mengenai isu berkenaan akan memudahkan calon dan pengundi yang terlibat.

Iklan

Katanya, amat tidak wajar sekiranya SPR membuat ketetapan itu di saat akhir tambahan pula ketika terdapat desas-desus mengatakan BN akan tewas dan kebarangkalian PH menang.

Sementara itu, mengulas mengenai proses pengundian bagi kerusi Parlimen Padang Serai yang berkemungkinan akan ditangguhkan ke tarikh lain berikutan kematian calon PH pada Rabu, Nurul Izzah berkata, SPR perlu beri keputusan segera berkaitan hal itu dan bukannya sehari sebelum hari pengundian.

"Kami telah menghantar notis kepada SPR dan perkara sedemikin perlu diambil perhatian.

"SPR perlu berada terkehadapan dengan sebarang perkara yang mungkin berlaku atau permasalahan yang mungkin akan terjadi, jadi mereka sepatutnya bersedia dengan isu menunda pilihan raya atau memanjang tempoh keluar mengundi sekiranya perlu," katanya.