Mangsa banjir di Raub meningkat kepada 218 orang

Iklan
Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir yang melanda dua kampung di Raub pada pagi Khamis. - Foto APM

KUANTAN - Bilangan mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 218 orang melibatkan 63 keluarga berbanding 35 mangsa (15 keluarga) yang dipindahkan pada sebelah pagi Khamis.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga jam 1 tengah hari, lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, semuanya di daerah Raub.

Iklan
Iklan

Seramai 132 mangsa berada di PPS Pusat Kegiatan Kemas Gali, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tersang (26 mangsa), Dewan Serbaguna Kampung Pia (32 mangsa),Balai Raya Kampung Ria (18 mangsa) dan Balai Raya Kampung Sungai Pasu(10 mangsa).

Anggota APM membantu memindahkan seorang warga emas dari Kampung Gali Tengah ke PPS selepas kampung itu dilanda banjir pada Khamis. - Foto APM
Iklan

Banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah Raub ekoran limpahan air Sungai Batu Malim dan Sungai Gali akibat hujan lebat.

Iklan

Pihak APM Raub menerima maklumat berhubung kejadian daripada pihak polis kira-kira jam 4.40 pagi sebelum anggotanya ke lokasi untuk pemantauan dan membantu memindahkan mangsa yang terlibat.