Sanggar Bakti urus kebajikan mangsa banjir

Iklan
Muhammad Faisal (kanan) pada majlis pelancaran Sanggar Bakti yang dilancarkan baru-baru ini bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melancarkaan 'Sanggar Bakti' sebagai pusat operasi dan pengurusan sumbangan bantuan bencana dan banjir di 16 buah lokasi di seluruh negara.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, inisiatif membantu mangsa banjir yang digerakkan oleh ABIM itu mendapat kerjasama daripada Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan ADAB Youth Garage (AYG).

Iklan
Iklan

Katanya, gerakan Sanggar Bakti yang telah dimulakan sejak Selasa bukan sekadar memberi bantuan sewajarnya kepada orang ramai tetapi ia juga menjadi tempat orang ramai menghulurkan bantuan untuk diserahkan kepada mangsa banjir.

"Sanggar Bakti mula beroperasi jam 10 pagi hingga 5 petang. Sebanyak 16 Sanggar Bakti dibuka di seluruh Malaysia. Orang ramai boleh menyumbang ke Sanggar Bakti berdekatan.

Iklan

"Seramai 570 orangan sukarelawan berdaftar bagi membantu gerak kerja operasi dan pengurusan bencana. Sebanyak 21 kenderaan pacuan empat roda, tiga lori, lima van dan 23 waterjet disediakan bagi menjalankan operasi bantuan bencana banjir kali ini," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Wangsa Maju, Senator Nuridah Mohd Salleh dalam satu kenyataan berkata, usaha kerja kebajikan untuk membantu golongan dilanda musibah seharusnya dilakukan bersama-sama dengan pelbagai pihak.

Iklan

Ketua Muslimat Pas Malaysia itu berkata, Islam menyeru umatnya untuk berlumba-lumba melakukan kebaikan terutama membantu golongan tidak bernasib baik.

Sementara itu, Ahli Dewan Tertinggi Putra, Datuk Kamarul Airi Arifin berkata, persediaan misi pasca banjir penting untuk diambil kira kerana ia melibatkan mental mangsa banjir akan terganggu ekoran kerosakan harta benda dan tiada duit.

Oleh yang demikian katanya, dia akan berusaha mencari penyelesaian bagaimana untuk membantu penduduk terjejas dan bekerjasama dengan ABIM menjalankan program bantuan banjir.

"Bantuan banjir harus dibuat bersama-sama, selain berusaha mencari idea terbaik secara holistik sampai ke akar umbi. Jangan kira pasal politik," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif GPM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, gerak kerja ABIM-GPM-AYG pada kali ini lebih kemas bagi menghadapi banjir dengan cara inisiatif menganjurkan kem Siap Siaga Bencana.

Menurutnya, pelaksanaan itu telah dianjurkan di beberapa kawasan dan negeri melalui ABIM negeri serta rakan kolaborasi lain.

"Di peringkat GPM, pasukan petugas akan siap siaga sepanjang 24 jam untuk turun ke lapangan. GPM telah turun menghantarkan sumbangan di Segamat, Meru, Klang dan Negeri Sembilan.

"Misi bantuan banjir adalah komitmen utama. Banjir tidak mengenal parti politik. Semua akan menjadi mangsa banjir, maka semua pihak harus turun membantu dan ia adalah peranan masyarakat sivil," je;as beliau.