Sultan Ibrahim temu Raja Hamad, kukuh hubungan Johor-Bahrain

Iklan
Hamparan Facebook Sultan Johor, hari ini.

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengadakan pertemuan bersama Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al-Khalifa di Bahrain, semalam.

Menurut catatan dan beberapa gambar yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Ibrahim, hari ini, lawatan baginda ke negara itu adalah atas jemputan Raja Hamad, yang dilihat dapat terus mengukuhkan hubungan erat antara Bahrain dan Johor.

Iklan
Iklan

Sempena kunjungan itu, Sultan Ibrahim turut mengenakan pakaian tradisional Arab sebagai menghormati Raja Bahrain.

Pada pertemuan itu, Raja Hamad turut berkenan menerima jemputan Sultan Ibrahim untuk melawat Johor bersama delegasi baginda bagi tujuan pelaburan.

Iklan

Ketika lawatan Sultan Johor ke Bahrain pada Nov 2017, baginda menerima penghormatan tertinggi iaitu Darjah Kemuliaan Shaikh Isa Salman Al-Khalifa daripada Raja Hamad. - Bernama

Iklan