SHAH ALAM - Sebanyak 83 kawasan terjejas akibat banjir membabitkan tujuh daerah di seluruh Selangor pada Khamis.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, daerah itu adalah Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Sepang.
Menurutnya, bagi daerah Klang sebanyak 45 kawasan yang terjejas manakala sembilan di Petaling, Hulu Langat (6), Kuala Langat (3), Kuala Selangor (3), Sabak Bernam (5) dan Sepang (12).
"Selebihnya adalah di Dewan MPKK Kampung Semerang, Dewan Orang Ramai Jenderam, Dewan Taman Gemilang, Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram, Dewan BNO serta Dewan Simpang 5," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Norazam berkata, mangsa yang ditempatkan di PPS adalah seramai 1,173 orang melibatkan 276 keluarga.
Beliau berkata, operasi ini melibatkan 226 keanggotaan bomba, 29 aset bot serta 14 jentera.
"Setakat ini situasi banjir adalah terkawal dan beransur surut. Hanya beberapa kawasan sahaja banjir statik. Pemantauan melalui rondaan berkala dan juga berdasarkan cuaca dilaksanakan untuk sebarang kemungkinan," ujarnya.