Pekin bagi ‘hint’, peminat ucap tahniah...

Iklan
Pekin dan Mona Allen

PERKONGSIAN sekeping gambar oleh pelakon Pekin Ibrahim bersama isterinya, Mona Allen ketika bercuti di Pulau Krabi, Thailand, menerusi laman Instragramnya, pada Khamis telah menarik perhatian ramai.

Dalam gambar tersebut, Pekin atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim, 37, dilihat sedang memegang perut isterinya dengan masing-masing menunjukkan riak wajah yang gembira.

Iklan
Iklan

Meskipun Pekin hanya menulis kapsyen ringkas yamg berbunyi;"Caption this,” pada gambar tersebut, namun ramai peminat dan pengikutnya percaya pengarah filem KL Wangan ini seperti memberi bayangan tentang sesuatu.

Malah semenjak hantaran tersebut dilakukan, ruang komen dipenuhi dengan ucapan tahniah dan doa untuk pasangan suami isteri ini. Ucapan tersebut tidak hanya datang daripada peminat tetapi juga rakan-rakan selebriti seperti Tiz Zaqyah dan Raja Ilya.

Iklan

Bagaimanapun, sehingga kini Pekin mahupun Mona atau nama lengkapnya Munna Hafiraneza Allen, 34, tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan perkara tersebut.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 7 Disember lalu selepas dua tahun mengjalinkan hubungan cinta.

Iklan