Malaysia mampu akhiri penantian Piala Dunia

Iklan
Pemain Harimau Malaya, Khuzaimi Pee (kiri), Ahmad Syihan Hazmi (tengah) serta R Ruventhiran (kanan) memakai jersi Harimau Malaya yang baharu di Majlis Pelancaran jersi Harimau Malaya. FOTO- Sinar Harian/ Rafeq Redzuan

PEMAIN-Pemain skuad bola sepak Malaysia optimis pasukan Harimau Malaya akan menamatkan penantian ke Piala Dunia tidak lama lagi.

Keyakinan itu disuarakan pertahanan negara Ahmad Khuzaimi Piee yang melihat jika rezeki berpihak kepada Harimau Malaya kemungkinan boleh menyaksikan Malaysia bermain di Piala Dunia empat tahun lagi.

Iklan
Iklan

"Bagi saya rezeki tak boleh nak jangka, mungkin empat tahun akan datang Malaysia layak ke Piala Dunia.. kita tak tahu perkara itu mungkin boleh berlaku.

"Saya harap pemain yang dipanggil mewakili negara dapat membantu mencipta sesuatu untuk negara kelak,” katanya ketika ditemui Majlis pelancaran jersi baharu Harimau Malaya, di sini semalam.

Iklan

Hadir sama pada majlis terbabit adalah barisan kepimpinan tertinggi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang terdiri daripada Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin dan Timbalan Presiden Datuk Mohd Yusoff Mahadi.

Sementara itu, seorang lagi pemain Harimau Malaya V Ruventhiran melihat peluang Malaysia untuk beraksi di pentas Piala Dunia sudah semakin hampir.

Iklan

Jelas bekas pemain Petaling Jaya (PJ) City berdasarkan kepada komitmen dipamerkan semua pihak untuk merealisasikan impian itu.

"Tak jauh lagi.. sudah dekat kita percaya dengan jurulatih (Kim Pan-gon) dan barisan pemain.

"Apa yang penting adalah buatkan penyokong Malaysia berbangga dengan Harimau Malaya,” katanya.