PRU15: Yakin BN menang dominan, tak perlu PH atau PN

Iklan
Raja Nong Chik

SHAH ALAM - BN dijangka tidak perlu bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan setelah bergabung dengan kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, ini kerana beliau optimis BN mampu memenangi sekurang-kurangnya 80 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk menjadi parti yang dominan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mengambil kira Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang lebih intim dengan BN, ia bakal memberi kelebihan untuk BN membentuk kerajaan bersama gabungan itu.

"Seperti yang berlaku di United Kingdom (UK), sebagai gabungan dominan yang memenangi kerusi mereka akan pergi bincang dengan gabungan lain dan tempoh untuk tubuhkan kerajaan campuran. Jadi senario sama mungkin berlaku (PRU15).

Iklan

"Mungkin Sabah dan Sarawak pun dah beri bayangan-bayangan pemilihan mereka siapa yang mereka lebih intim. Saya rasa agak jelas GPS lepas intim pada BN berbanding PH, jadi itu satu kelebihan. Maknanya kemungkinan (bentuk kerajaan campuran) tu tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi Program Last Lap PRU15 bertajuk 'Tiada majoriti: Bersediakah Kongsi Kuasa' yang dihoskan Kamarul Bahrin Haron pada Khamis.

Iklan

Dalam pada itu, mengulas sekiranya PH menjadi dominan dalam PRU15 dan perlu memilih individu tertentu sahaja daripada BN dan PN untuk membentuk kerajaan campuran, berbanding memilih parti, Raja Nong Chik yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai berkata, perkara itu tidak wajar berlaku.

"Jika PH menang dominan dan nak pilih-pilih orang tertentu (bukan pengkhianat dan perasuah), adakah memang mereka akan pilih orang yang berintegriti atau lebih kepada orang yang mereka boleh pegang atau beli?

"Kerana pelantikan dengan 'membeli' orang-orang tertentu itu menunjukkan sistem itu sendiri sudah korup," katanya.