SHAH ALAM – Pengeluar produk tenusu tempatan terbesar Malaysia, Farm Fresh Berhad hari ini menyampaikan sumbangan bekalan susu Farm Fresh dan sumbangan bekalan makanan kepada Pertubuhan Warisan Suci (Pewaris).
Ini sesuai dengan usaha berterusan Farm Fresh untuk membina generasi yang lebih sihat dan kuat dengan membekalkan susu yang penuh nutrisi dan berkhasiat kepada anak-anak di PEWARIS.
Bekalan susu akan disampaikan secara berkala selama 6 bulan berturut-turut. Antara sumbangan bekalan makanan termasuk tepung, beras, telur, santan dan oat.
"Farm Fresh sentiasa mengambil berat dan prihatin akan produk yang kami hasilkan. Semuanya mesti mempunyai khasiat tenusu asli dan tidak mempunyai bahan-bahan yang tidak sepatutnya ada dalam produk yang kita berikan kepada anak -anak kita.
"Usaha ini adalah usaha kecil kami untuk berbakti semula kepada masyarakat. Kami berharap usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak ini untuk terus membesar dengan baik dan membina Generasi Farm Fresh yang kuat!” katanya sewaktu ditemui di Pewaris.
Pewaris ditubuhkan untuk membantu memberikan pendidikan dan perhatian kepada anak-anak yang kurang bernasib baik.
Kebanyakan mereka bermula dari peringkat taska berumur empat hingga enam tahun. Rumah yang dikunjungi Farm Fresh kali ini melindungi hampir 30 anak-anak perempuan berumur bawah enam tahun.
"Selain bekerja, Farm Fresh sentiasa menyokong usaha kebajikan dan memupuk semangat sentiasa ingin memberi bakti kepada masyarakat di dalam kalangan pekerja kami.
"Dengan menganjurkan lebih banyak aktiviti kebajikan seperti ini, diharap pekerja kami dapat dipupuk dengan semangat kemasyarakatan di kalangan mereka,” katanya