Rentak perbelanjaan isi rumah di Malaysia

Iklan
Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi perubahan komposisi dan corak perbelanjaan isi rumah di Malaysia. Antaranya ialah tingkat pendapatan, harga barangan dan cita rasa.

Artikel ini disediakan oleh BUNSEKI BAED untuk melihat corak perbelanjaan isi rumah di Malaysia, khususnya bagi perbelanjaan makan di luar rumah selain meneliti faktor-faktor signifikan yang boleh mempengaruhi kecenderungan rakyat Malaysia untuk makan di luar.

Selain itu, artikel ini juga akan meneliti trend Indeks Harga Pengguna (IHP) dan inflasi bagi kelas perbelanjaan di bawah subkumpulan makanan di luar rumah untuk melihat sama ada aspek harga mempengaruhi corak perbelanjaan isi rumah untuk makan di luar rumah.

Iklan
Iklan

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dipacu oleh peningkatan penyertaan tenaga buruh, pendapatan boleh guna yang meningkat dan perbelanjaan penggunaan yang stabil.

Perbelanjaan penggunaan secara tidak langsung mewujudkan permintaan dan seterusnya merancakkan ekonomi negara.

Iklan

Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi perubahan komposisi dan corak perbelanjaan isi rumah di Malaysia. Antaranya ialah tingkat pendapatan, harga barangan dan cita rasa.

Oleh itu, pemahaman mengenai gelagat pengguna adalah penting dalam merangka dan melaksanakan strategi yang berkesan untuk mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan serta taraf hidup masyarakat.

Iklan

Gelagat pengguna ini boleh difahami dan dikaji melalui tinjauan yang dibuat khas oleh pihak Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melalui Household Expenditure Survey (HES) yang mengumpul data secara komprehensif berdasarkan corak perbelanjaan dan penggunaan harian isi rumah.

Perbelanjaan penggunaan memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan ekonomi dalam negara. Perbelanjaan penggunaan yang tinggi menggambarkan keupayaan membeli isi rumah yang kukuh, seterusnya menjamin kestabilan pembangunan masyarakat dan kepesatan ekonomi.

Konsep utama perbelanjaan

Terdapat tiga konsep utama perbelanjaan yang perlu difahami dalam menganalisis perbelanjaan isi rumah iaitu perbelanjaan penggunaan isi rumah, perbelanjaan bukan penggunaan isi rumah dan perbelanjaan semasa.

Perbelanjaan penggunaan isi rumah merupakan perbelanjaan penggunaan persendirian bagi barangan dan perkhidmatan sepanjang tempoh rujukan.

Perbelanjaan ini merujuk kepada nilai barangan dan perkhidmatan pengguna yang diperoleh, diguna atau dibayar oleh isi rumah melalui pembelian langsung, hasil pengeluaran sendiri, melalui pertukaran barangan dan perkhidmatan atau pendapatan dalam bentuk mata benda untuk memenuhi keperluan dan kehendak isi rumah.

Sementara perbelanjaan bukan penggunaan pula, merujuk kepada pembayaran ke atas perkhidmatan kewangan dan lain-lain bayaran kepada kerajaan bagi tujuan menambah hasil negara. Ini bermaksud bayaran tersebut tidak mendapat pulangan atau faedah.

Contoh perbelanjaan bukan penggunaan adalah pembayaran dalam bentuk pindahan seperti cukai pendapatan, caruman keselamatan sosial, bayaran pampasan, bayaran wajib dan denda, pemberian kepada isi rumah lain dan bayaran balik pinjaman seperti perumahan, kenderaan dan pelaburan.

Jumlah bagi kedua-dua perbelanjaan penggunaan dan perbelanjaan bukan penggunaan ini akan membentuk perbelanjaan semasa isi rumah. Classification of Individual Consumption According to Purpose (COICOP) menyediakan panduan klasifikasi item barangan dan perkhidmatan berdasarkan 13 kumpulan perbelanjaan.

Kumpulan perbelanjaan 1 hingga 12 merujuk kepada perbelanjaan penggunaan, manakala kumpulan perbelanjaan 13 adalah merujuk kepada perbelanjaan bukan penggunaan (rujuk Jadual 1).

Kumpulan Perbelanjaan COICOP.

Perbelanjaan semasa isi rumah

Pengkelasan perbelanjaan penggunaan mengikut keperluan asas, pilihan dan kombinasi.