Tokan 'lalok' ditangkap polis
Iklan
Heroin dan syabu yang dirampas anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Seberang Perai Utara, kelmarin.
KEPALA BATAS - Dua penagih dadah dipercayai sedang khayal ditahan polis dalam serbuan di sebuah pondok di Kampung Lembah Raja, Tasek Gelugor di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kedua-dua lelaki berusia 26 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik kira-kira jam 1.30 petang.
Iklan
Iklan
Menurutnya, sebanyak 86.67 gram dadah disyaki heroin dan 7.78 gram disyaki syabu turut ditemui ketika pemeriksaan dilakukan di dalam pondok berkenaan.
"Kesemua dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM4,200 dan dipercayai untuk kegunaan sendiri dan dijual di dalam pot dadah.
Iklan
"Ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif morfin dan methamphetamin," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Pil ekstasi yang dirampas ketika serbuan di Taman Meranti, Butterworth, kelmarin.
Noorzainy berkata, kedua-dua suspek itu kini direman selama tujuh hari sehingga 18 April ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Iklan
Sementara itu, dalam kes berasingan seorang lelaki berusia 35 tahun ditangkap bersama 110 biji pil khayal disyaki ekstasi dan serbuk ekstasi seberat 157.40 gram dalam serbuan di Taman Meranti, Butterwoth, kelmarin.
Noorzainy berkata, dadah disyaki ketamin seberat 14.80 gram turut ditemui dalam serbuan jam 9.10 malam yang dilakukan hasil risikan terhadap aktiviti pengedaran dadah oleh lelaki terbabit.
"Kesemua dadah yang dirampas bernilai RM8,000 dipercayai dipasarkan di beberapa pusat hiburan di sekitar Butterworth.
"Lelaki berkenaan yang juga positif dadah kini direman selama tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,"katanya.
Menurutnya, polis sentiasa mengambil tindakan serta menjalankan operasi narkotik berterusan secara agresif bagi membanteras pengedar dadah di daerah ini.
"Saya juga mengharapkan kerjasama dari masyarakat untuk membantu polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah ini," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam