PRU15: Jangan mengundi ikut sentimen - Asyraf Wajdi

Iklan
Asyraf Wajdi (kanan) ketika mengadakan kempen sebagai pecutan terakhir di Gerik pada Khamis.

GERIK - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta pengundi muda di seluruh negara agar keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Beliau berkata, pengundi muda yang baharu pertama kali mengundi perlu merebut peluang ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pengundi muda menjadi penentu kepada jatuh bangun negara dan mereka jangan mengundi mengikut sentimen tetapi mengundi berasaskan ilmu.

"Janganlah mengundi parti yang menjanjikan harapan palsu, fitnah dan berkempen secara kebencian dan persepsi negatif," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Asyraf Wajdi yang menjadi calon di Parlimen Gerik berkata, bagi kempen terakhir pihaknya memberikan fokus menyantuni pengundi dari rumah ke rumah.

Katanya, jentera wanita pula memberikan fokus kepada pengundi yang sedia ada kepada parti dan memberitahu saluran yang akan mengundi.

Iklan

Beliau berkata, jentera Pemuda dan Puteri akan memberikan fokus kepada pengundi muda yang baru balik dari perantauan.

Asyraf Wajdi akan dicabar dua calon dari Perikatan Nasional (PN), Fathul Huzir Ayob dan Calon Pakatan Harapan (PH), Ahmad Tarmizi Mohd Jam.