PRU15: Solusi isu tempatan ‘pukulan akhir’ sebelum mengundi

Iklan
Wan Ahmad Fauzi menjadi panel dalam program Sinar Live yang bertajuk ‘Bahang Putrajaya Makin Terasa’ disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Khamis.

SHAH ALAM - Langkah bagaimana parti-parti menawarkan solusi terhadap isu-isu tempatan dijangka menjadi ‘pukulan akhir’ sebelum hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu.

Pakar Perlembagaan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, aspek tersebut dapat mempengaruhi bentuk pengundian yang akan dilakukan kerana rakyat mahu melihat bagaimana calon-calon parti membawa jalan penyelesaian kepada masalah-masalah yang dekat dengan mereka.

Iklan
Iklan

"Jadi saya lihat yang pertama adalah isu tempatan. Yang kedua perkara yang menyentuh kepentingan pelbagai pihak.

"Pada akhirnya saya melihat dalam tempoh 48 jam yang terakhir ini bagaimana parti-parti yang terlibat dalam kawasan masing-masing memainkan isu tempatan dan dekat dengan pengundi.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam program Sinar Live yang bertajuk ‘Bahang Putrajaya Makin Terasa’ disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Khamis.

Program yang dihoskan Fahiz Ariff itu turut menampilkan Penganalisis Keselamatan dan Politik, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin dan calon Warisan Parlimen Kepong, Shaun Young.

Iklan

Sementara itu, ujar Wan Ahmad Fauzi, faktor pengundi muda turut memainkan peranan dalam PRU15 kali ini.

Bagaimanapun, menurutnya, pengaruh ibu bapa sudah tentu akan menjadi aspek rujukan penting kepada pengundi muda itu untuk memilih calon.

"Saya pernah tanya pelajar-pelajar saya, apakah isu yang dekat dengan mereka. Para pelajar tidak melihat pada isu global.

"Bagi pelajar, isu yang dekat dengan mereka adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Bagaimana janji untuk hapuskan PTPTN tetapi tiba-tiba tidak dihapuskan, jadi perkara itu lebih besar pada mereka,” jelasnya.