Nak jadi YB kenalah berubah...

Iklan
Deretan bendera parti politik menghiasi jalan sempena PRU15.

PADA Sabtu, pintu pusat-pusat pembuangan undi akan dibuka bagi memberi peluang 20,905,366 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Pada Selasa lalu, seramai 224,828 pengundi awal berdaftar terdiri daripada 117,473 anggota tentera dan pasangan serta 107,355 anggota polis dan pasangan telah mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Iklan
Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah mengeluarkan sebanyak 365,686 kertas undi pos kepada yang berhak mengundi secara pos.

Sejarah sekali lagi bakal dicipta apabila keputusan pilihan raya paling mendebarkan itu akan mula diumumkan pada malam 19 November ini.

Merak Jalanan perhatikan, sama ada pengamal media, orang awam atau penyokong parti politik, mereka dilihat semakin bersedia menghadapi tarikh keramat itu.

Walaupun pada peringkat awal, banyak kajian pelbagai agensi membentangkan lebih 60 peratus pengundi masih belum membuat keputusan pilihan mereka pada PRU15.

Iklan

Namun, berbaki beberapa jam lagi, nampaknya pengundi kini semakin jelas. Semangat pulang mengundi telah dibarakan lagi apabila kerajaan mengumumkan cuti khas pada Jumaat dan Sabtu, selain tol percuma.

Semua calon parti yang bertanding telah bekerja keras, hanya menunggu siapa pilihan pengundi, sekali gus bakal menentukan parti gabungan manakah bakal membentuk kerajaan.

Iklan

Walaupun sesekali Merak Jalanan ternampak siaran ulangan kisah-kisah gelap Yang Berhormat (YB) cuba dimainkan oleh pihak tertentu, netizen menerima persembahan itu dengan lebih matang.

Kempen seumpama itu sudah ‘tidak laku’ pada zaman sekarang kerana yang penting, pengundi mahu tahu apa yang boleh calon tunaikan jika terpilih sebagai YB.

Malah, ada netizen berani menegur secara terbuka di ruangan komen apabila calon-calon ‘otai’ membuat perkongsian mengutuk pihak lawan. Itu bukti pengundi semakin matang dan bijak menilai.

Jadi, orang politik juga mestilah berubah. Berkempen dan berpolitiklah dengan berhemah, bukan menabur fitnah atau cuba mengundang kebencian.