PRU15: Aliran trafik lebuh raya utama perlahan

Iklan
Aliran trafik di lebuh raya utama bergerak perlahan setakat 8 pagi ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama bergerak perlahan setakat 8 pagi ini susulan orang ramai pulang ke destinasi masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), esok.

Menurut jurucakap Lebuhraya Malaysia (LLM), aliran trafik perlahan dikesan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke timur dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah, Bukit Tinggi ke Plaza Tol Bentong dan persimpangan Karak ke Plaza Tol Karak.

Iklan
Iklan

Sementara, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 masih bergerak lancar namun perlahan, katanya.

Bagi perjalanan ke arah utara, jurucakap itu berkata aliran trafik juga perlahan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Sungai Buloh ke Sungai Buaya; Lembah Beringin ke Tanjung Malim; Slim ke Sungkai; Bidor ke Gopeng dan Ipoh (selatan) ke Ipoh (utara).

Iklan

Untuk perjalanan ke arah selatan, jurucakap PLUS pula memaklumkan terdapat kemalangan di Kilometer (KM) 382.3 berdekatan Slim River, Perak dan KM177.5 dari Jasin ke Tangkak yang menyebabkan trafik perlahan sejauh 3.5 kilometer.

"Selain itu, aliran trafik juga perlahan dari Nilai ke kawasan Rehat dan Rawat Seremban, Negeri Sembilan,” katanya. - Bernama

Iklan