Tujuh maut dalam kebakaran bengkel di Hanoi

Iklan
Api marak memusnahkan bengkel membuat tong sampah kitar semula serta stor penyimpanan produk beku dan kayu di daerah Nam Tu Liem.

HANOI - VIETNAM. Sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban dalam kejadian kebakaran yang melanda beberapa bengkel dan gudang di Hanoi hari ini, lapor agensi berita rasmi, Vietnam News Agency (VNA).

Laporan itu berkata, kebakaran tersebut memusnahkan bengkel membuat tong sampah kitar semula serta stor penyimpanan produk beku dan kayu.

Iklan
Iklan

Terdahulu, VNA melaporkan lima mangsa maut dalam kebakaran tersebut.

"Pihak berkuasa berjaya mengeluarkan dua lagi mayat menjadikan mangsa yang terbunuh kepada tujuh," menurut laporan itu.

Iklan

Difahamkan, kebakaran berlaku di daerah Nam Tu Liem pada waktu awal pagi dan api berjaya dipadamkan menjelang subuh.

Polis masih menyiasat punca kebakaran. - AFP

Iklan