Giroud idam padam rekod penjaring terbanyak Henry

Iklan
Olivier Giroud

PENYERANG Perancis, Olivier Giroud menyasarkan untuk mengatasi rekod Thierry Henry sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Les Bleus pada Piala Dunia kali ini.

Bagaimanapun pemain AC Milan itu berkata, ia bukanlah sasaran utamanya pada kempen Piala Dunia kali ini, sebaliknya mahu membawa Perancis pergi lebih jauh dalam kejohanan ini.

Iklan
Iklan

"Sudah tentu, sasaran peribadi saya adalah mengatasi rekod Thierry, tetapi sasaran utama memastikan pasukan melangkah sejauh mungkin dan saya berpeluang menjaringkan lebih banyak gol,” katanya.

Untuk rekod, Giroud adalah penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman Perancis dengan ketinggalan dua gol di belakang Thierry Henry yang meledak 51 gol bersama skuad kebangsaan.

Iklan

Begitupun, penyerang AC Milan itu yang membantu Perancis menjulang trofi Piala Dunia di Rusia empat tahun lalu masih kemarau jaringan di pentas tertinggi itu dan jaringannya di Brazil pada 2014 adalah gol tunggalnya dalam dua edisi kejohanan.

Secara keseluruhan, dia menjaringkan satu gol di Piala Dunia dan dua gol di Kejohanan Eropah sepanjang karier.

Iklan

"Ya, saya menjaringkan satu gol di Piala Dunia 2014 dan dua gol di Euro 2016. Memang penting dapat menjaringkan gol untuk pasukan.

"Saya akan memberikan 200 peratus kepada pasukan," tambah Giroud.

Perancis akan memulakan misi mempertahankan gelaran Piala Dunia dengan menentang Australia pada Selasa, diikuti aksi dengan Denmark dan Tunisia dalam Kumpulan D.