20 mangsa terkorban unit apartmen terbakar di Gaza

Iklan
Beberapa anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah unit apartment di Gaza pada Khamis. - Foto AFP


BANDAR GAZA - Kebakaran di sebuah unit apartmen, utara bandar Gaza menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang terkorban pada Khamis, kata ketua sebuah hospital memberitahu AFP.

Pergerakan Hamas yang mentadbir Gaza berkata, beberapa orang lain turut cedera tetapi tidak memberitahu bilangannya.

Seorang pegawai kanan dengan Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Tebing Barat, Hussein Al Sheikh berkata, bahawa pihaknya telah menggesa Israel untuk membuka persimpangan Erez antara Gaza dan Israel untuk pemindahan perubatan dilakukan segera bagi kes-kes serius.

Kebakaran itu berlaku di tingkat tiga bangunan yang mengandungi tiga tingkat di kem pelarian Jabaliya yang sesak, menurut Hamas.

Pasukan Pertahanan Awam di Gaza yang dikendalikan oleh Hamas mengaitkan kebakaran itu dengan gasolin yang disimpan di dalam bangunan itu.

Siasatan sedang dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kejadian. - Agensi