WASHINGTON - Speaker Dewan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi mengumumkan pada Khamis bakal melepaskan jawatan sebagai pemimpin tertinggi Demokrat di Dewan Perwakilan, lapor Xinhua.
"Saya tidak menjadi calon untuk pemilihan semula dalam barisan kepimpinan Demokrat untuk Kongres akan datang," kata Pelosi.
Pada usia 82 tahun, Pelosi telah dipilih semula tahun ini untuk mewakili Kongres ke-12 California di Dewan di Capitol Hill.
Media AS meramalkan Republikan akan menguasai Dewan selepas pilihan raya pertengahan penggal 2022.
Republikan pada Selasa mencalonkan Ketua Minoriti, Kevin McCarthy untuk menjadi speaker Dewan.
Masih belum dapat dipastikan siapa bakal mengetuai Demokrat untuk tempoh dua tahun akan datang.
Kepercayaan orang ramai terhadap Kongres mencecah paras terendah dengan hanya tujuh peratus rakyat Amerika menyatakan keyakinan terhadap Kongres, menurut tinjauan terkini Gallup. - Bernama