Pakatan Harapan tawar 10 keutamaan kepada rakyat Malaysia

Iklan
Anwar (tiga dari kiri) bersama rakan Pakatan Harapan pada majlis peluncuran tawaran gabungan parti itu.

Anwar (tiga dari kiri) bersama rakan Pakatan Harapan pada majlis peluncuran tawaran gabungan parti itu.

"Alhamdulillah, Pakatan Harapan telah menawarkan 10 tawaran utama kepada rakyat bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Melalui tawaran ini HARAPAN bertekad untuk membangunkan semula Malaysia setelah dibelenggu pelbagai krisis termasuk kepincangan dasar dan ketirisan pentadbiran, kemelut kesihatan, ekonomi, kos sara hidup, peluang pekerjaan, jaminan makanan, dan pendidikan. Saya merayu agar rakyat dapat meneliti tawaran ini sekali gus memberi mandat yang sebaiknya kepada HARAPAN untuk muncul sebagai parti yang punyai majoriti jelas bagi mentadbir negara. Kita akan bekerja keras demi negara tercinta. Reformasi!” - Pengerusi Pakatan Harapan & calon Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Iklan
Iklan

NURUL IZZAH ANWAR


"Kita nak bina negara untuk lima tahun akan datang, mulai hari ini. Rakyat nak pimpinan yang mereka yakin dapat pegang dan buat kerja. Hidup ini berasaskan fastabiqul khairat. Berlumba-berlumba membuat kebaikan. We want to do something better than before. Lihat prestasi dan rekod di negeri-negeri pimpinan kami. We want to do something better compared to before. Lihat masa depan anak-anak kita. Ini sangat penting. Nambikkai - Harapan untuk masa depan negara.”- Naib Presiden Keadilan & calon Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar

RAFIZI RAMLI

"Kita perlu perjuangkan nasib pekerja yang bergaji rendah hingga sering dihimpit kenaikan kos sara hidup. Kerajaan yang baik ialah kerajaan yang boleh menyelesaikan masalah rakyat dan dibarisi menteri-menteri yang jujur, berfungsi dan cekap.” - Timbalan Presiden Keadilan & calon Parlimen Pandan, Rafizi Ramli

10 KEUTAMAAN TAWARAN PAKATAN HARAPAN

Iklan

Anwar menyampaikan 10 tawaran Pakatan Harapan pada PRU15.


Tangani Isu - Kos Sara Hidup

Tekanan demi tekanan dihadapi rakyat yang bermula dengan pandemik Covid-19 mencapai kemuncaknya kini apabila harga barangan melonjak naik. Demi meringankan beban hidup rakyat, HARAPAN komited untuk hapuskan kartel, memastikan bekalan bahan mentah mencukupi dan meningkatkan tenaga kerja sektor agro bagi memastikan keselamatan makanan terus terjamin.

Iklan

Perangi Rasuah & Kukuhkan Institusi Demokrasi

Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah Malaysia yang semakin menjunam menunjukkan betapa kritikal isu rasuah yang membelenggu negara ini termasuk skandal kapal tempur pesisir (LCS). Kita boleh mewujudkan pentadbiran beramanah dan bersih dengan mengukuhkan integriti institusi, menjunjung kedaulatan Parlimen sebagai tiang seri demokrasi, dan menjamin kebebasan media dan hak bersuara orang ramai.

Perkasa Peluang Ekonomi Belia - Terokai Sektor Manusiawi

HARAPAN bertekad memajukan bidang ekonomi manusiawi berasaskan kemahiran untuk menjana peluang kerjaya baru buat anak muda. Agenda penciptaan kerja HARAPAN merangkumi usaha meningkatkan penyertaan dalam bidang pertanian moden, industri tenaga boleh diperbaharui, sektor penjagaan, seni kreatif, dan ekonomi sukan termasuk bidang e-sukan serta memajukan ekosistem dalam bidang-bidang ini.

Anwar menunjukkan risalah 10 tawaran menerusi mesej Kita Boleh!

Selamatkan Generasi Tercicir (Lost Generation) Dalam Pendidikan

Kelemahan sistem pendidikan nasional telah terserlah akibat pandemik COVID-19. Demi memastikan tiada generasi terus tercicir, HARAPAN akan menumpukan usaha kepada merapatkan jurang pembelajaran, meningkatkan kualiti pendidikan, dan membina peluang masa depan yang lebih cerah untuk semua anak Malaysia.

Bina Ketahanan Bencana & Mantapkan Perlindungan

Banjir besar yang melanda baik di bandar mahupun desa adalah bukti jelas betapa isu perubahan iklim adalah antara ancaman yang paling serius bagi masyarakat kita hari ini. HARAPAN akan meningkatkan daya tahan negara dalam berdepan dengan bencana alam melalui persiapan ketahanan menyeluruh termasuk dengan menambah baik bantuan bagi mangsa bencana berdasarkan nilai kerugian sehingga maksimum RM50,000 untuk setiap rumah.

Tangani Isu Pekerja Kontrak Kesihatan & Menjamin Kebajikan Penjawat Kesihatan

HARAPAN akan membangunkan kepakaran tempatan termasuk menangani isu pekerja kontrak kesihatan bagi meningkatkan keupayaan perkhidmatan kesihatan awam. Pada masa yang sama, kita boleh pastikan kebajikan penjawat akan terus terjamin dan mengiktiraf peranan mereka sebagai tunjang dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan negara ke taraf yang terbaik.

Hapuskan Isu Ketaksamaan Gender & Memperkasa Sosioekonomi Wanita

Golongan wanita mewakili 48% dari keseluruhan populasi Malaysia dan menjalankan peranan serta sumbangan setara dalam pembinaan negara. Kita boleh menamatkan ketaksamaan gender seterusnya memperkasa sosioekonomi wanita agar potensi mereka terus dikembangkan dalam membangunkan negara.

Perkasa Wilayah Sabah & Sarawak

Pelaksanaan penuh Perjanjian Malaysia 1963 dan IGC, adalah pemangkin kepada kesejahteraan dan kemakmuran bagi wilayah Sabah dan Sarawak dalam usaha kita terus membangun sebagai sebuah negara. Isu pemulangan hasil, pembangunan ekonomi, serta 35% kerusi parlimen Sabah dan Sarawak akan diberi keutamaan oleh HARAPAN dalam semangat"Bersekutu Bertambah Mutu”.

ANWAR IBRAHIM

Tingkatkan Daya Saing Setiap Rakyat Malaysia

Kita boleh meningkatkan daya saing masyarakat majmuk meliputi setiap lokasi geografi, kelas sosioekonomi, latar belakang dan etnik. Ruang dan peluang mesti diwujudkan melalui intervensi strategik bagi memastikan tiada rakyat termasuk golongan rentan dan OKU yang tercicir dalam menikmati kemakmuran negara.

Pelihara Khazanah Alam Demi Anak Cucu Kita

Khazanah alam adalah amanah berharga yang wajib kita wariskan kepada anak cucu kita agar mereka menikmati masa depan yang sejahtera. Akta perubahan iklim, pemindahan fiskal ekologi, kawasan perlindungan marin dan akta jerebu rentas sempadan adalah antara langkah yang kita boleh laksanakan demi memelihara khazanah alam.

ADVERTORIAL