PRU15: Kamalanthan umum Perancangan Kemakmuran Port Dickson

Iklan
Kamalanthan (empat dari kanan) bersama tawarannya kepada pengundi Port Dickson

PORT DICKSON - Kurang 24 jam lagi tinggal tempoh berkempen, calon BN Parlimen Port Dickson, Datuk P Kamalanthan mengumumkan tawarannya kepada pengundi di kawasan itu sekiranya diberi mandat yang dikenali sebagai Perancangan Kemakmuran Port Dickson.

Tawaran itu meliputi lima teras berkaitan belia, wanita, pendidikan, ekonomi dan pembangunan dengan 29 perincian.

Iklan
Iklan

Menurut Kamalanthan, pihaknya tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat sebaliknya percaya aku janji itu akan dapat dilaksanakan.

"Tawaran ini saya rangka berdasarkan hasil maklumat dikumpulkan pasukan saya daripada lebih 30,000 pengundi Port Dickson sepanjang tempoh berkempen.

Iklan

"Ini bukannya janji bulan dan bintang, tapi ini adalah permintaan dan harapan masyarakat Port Dickson," katanya pada sidang akhbar pelancaran Perancangan Kemakmuran Port Dickson di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Port Dickson pada Jumaat.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Port Dickson, Datuk Mohd. Faizal Ramli, Ketua MIC Bahagian Port Dickson, Datuk M Veloo dan Ketua MCA Bahagian Port Dickson, Datuk Seri King Lim.

Iklan

Menurutnya, berbeza dengan Pakatan Harapan (PH), BN tidak pernah memungkiri janji-janji yang dibuat semasa pilihan raya.

Jelasnya, beliau akan mewujudkan unit pelaksanaan dan penyampaian (PADU) bagi memastikan segala janji yang ditawarkan dalam perancangan ini dapat dilaksanakan segera sebaik saja diberi mandat.

"Banyak cadangan yang dikemukakan PH tidak dapat dilaksanakan contohnya seperti menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN).

"Saya berharap rakyat tidak sekali lagi terperangkap dengan janji-janji manis mereka," jelas beliau.

Antara tawaran BN kepada pengundi di Port Dickson ialah mewujudkan Port Orang Muda, PD Kerja, Seapreneur Belia, menaik taraf kemudahan Kompleks Sukan Teluk Kemang dan mencungkil bakal masa depan dalam e-sukan.

Selain itu, BN menawarkan inisiatif Usahanita PD, pemberian kit kebersihan wanita, kebajikan orang kurang upaya (OKU) dan Orang Asli, PD TVET Bootcamp, Dasar Satu Keluarga Satu Graduan, pembinaan sekolah berasrama penuh atau maktab rendah sains Mara (MRSM), PD Niaga serta pembinaan jeti menghubungkan Port Dickson dan Pelabuhan Dumai di Sumatera.