Projek kontroversi Disneyland di luar pengetahuan: Ab Rauf

Iklan
Baru-baru ini, media kerajaan negeri menyiarkan Melaka akan membangunkan sebuah taman tema Disneyland dan Disney City sehingga mencetuskan kontroversi. - Gambar hiasan, gambar kecil: Ab Rauf Yusoh

MELAKA - Exco Kanan Pelaburan negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh tidak mengetahui kewujudan projek pembinaan taman tema Disneyland yang mencetuskan kontroversi.

Beliau berkata, tidak mendapat sebarang maklumat tepat berhubung projek berkenaan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali termasuk Exco yang mengeluarkan kenyataan tersebut.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, media kerajaan negeri menyiarkan Melaka akan membangunkan sebuah taman tema Disneyland dan Disney City berkeluasan kira-kira 80.9 hektar, yang terbesar di Asia Tenggara.

Projek yang dibangunkan dengan kos pembinaan keseluruhan termasuk dilengkapi laluan kereta api maglev (pengapungan magnetik) tanpa geseran dengan kos pembinaan bernilai RM2 bilion.

Iklan

Namun Disney secara rasmi mengesahkan serta menafikan syarikatnya mempunyai sebarang perancangan untuk membina taman tema di negeri ini.

Sementara itu Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Jailani Khamis dalam sidang akhbar pada Jumaat, memohon maaf kepada syarikat media dari Amerika Syarikat (AS) The Walt Disney Company (Disney) kerana kekeliruan perancangan projek itu di Jasin, Melaka.

Iklan

Beliau menjelaskan, ia hanyalah satu perancangan bagi pembinaan Disney City dan belum ada sebarang persetujuan mahupun perjanjian bagi merealisasikan projek mega berkenaan.

"Saya meminta maaf atas kekeliruan ini," katanya.