'Perjuangan Sabah FC belum berakhir'

Iklan
Saddil menjadi sandaran Kim Swee apabila bermula dalam kesebelasan utama ketika berdepan JDT dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Likas, baru-baru ini. - Foto Sabah FC

PELUANG Sabah FC untuk mara ke final Piala Malaysia masih terbuka jika para pemain percaya kemampuan diri dan boleh menterjemahkan percaturan taktikal yang direncana ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee.

Menurut pemain sayap Sabah, Saddil Ramdani berdasarkan satu jaringan yang dimiliki Johor Darul Ta’zim (JDT), segalanya masih berkemungkinan buat The Rhinos mengintai tempat di perlawanan akhir.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun Saddil mengakui, mereka perlu mengelak daripada mengulangi sebarang kesilapan pada separuh akhir pertama selain memanfaatkan setiap peluang pada aksi kedua Stadium Sultan Ibrahim Ahad ini.

"Kami berasa kecewa dengan kekalahan tipis 0-1, tetapi perlawanan pertama ini sememangnya agak tegang dan sengit.

Iklan

"Namun seluruh pemain telah berikan apa yang diminta ketua jurulatih untuk bekerja keras di atas padang dan motivasi yang diberikannya sentiasa menjadi pembakar semangat kepada kami.

"Harapan saya agar Sabah mampu beraksi lebih baik pada aksi akan datang serta mengambil sesuatu daripada perlawanan ini.

Iklan

"Saya masih percaya dengan diri sendiri dan rakan-rakan di perlawanan kedua jika kami boleh meneruskan rentak yang sama di Johor nanti,” katanya.

Pada aksi di Stadium Likas, Selasa lalu, jaringan tunggal Arif Aiman Hanapi memisahkan kedua-dua pasukan.

Walaupun tidak berada di tahap kecergasan 100 peratus, Saddil tetap menjadi sandaran Kim Swee apabila bermula dalam kesebelasan utama serta diletakkan selaku penyerang tengah.

Pemain import dari Indonesia itu berjaya menghadirkan banyak tekanan kepada barisan pertahanan JDT, namun beberapa peluang terutama menerusi sepakan percuma gagal menemui sentuhan penyudah.