BANGKOK - Seramai 16 pelancong termasuk lapan rakyat Malaysia mengalami sesak nafas kerana terhidu asap tebal dalam kebakaran sebuah hotel enam tingkat di Sadao, Songkhla, selatan Thailand, hari ini.
Dalam kejadian jam 8.25 pagi (waktu tempatan) itu, kesemua mangsa yang bercuti di wilayah itu sempena sambutan Songkran berjaya menyelamatkan diri dengan keluar ke balkoni bilik dan tingkap bangunan sebelum diselamatkan oleh orang ramai.