Muhyiddin zahir takziah pada keluarga calon PN Tioman

Iklan
Muhyiddin selesai buang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar.

MUAR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga calon PN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Md Yunus Ramli yang meninggal dunia awal pagi ini.

Muhyiddin yang juga calon PN Parlimen Pagoh berharap keluarga Allahyarham terus tabah dan cekal dalam menghadapi dugaan itu.

Iklan
Iklan

"Ia berita yang amat menyedihkan.

"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga (Md Yunus)," katanya kepada pemberita selepas mengundi bagi kawasan Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar di sini hari ini.

Iklan

Muhyiddin turut ditemani isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Md Yunus, 61, disahkan meninggal dunia di Hospital Rompin, Pahang pada 3.30 pagi ini, selepas dikejarkan ke hospital itu oleh ahli keluarganya dipercayai akibat serangan jantung.

Iklan

Dalam pada itu, Muhyiddin menasihatkan semua pengundi untuk keluar awal mengundi kerana bimbang banjir akan berlaku jika hujan lebat berterusan.

Bagaimanapun, beliau melihat cuaca hujan hari ini di Muar tidak menjadi penghalang pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

"Jadi keluar mengundi seawal mungkin adalah lebih baik," katanya.