PRU15: Teruja mengundi walaupun lepas pantang

Iklan
Nurul Iffah ketika ditemui di Pusat Mengundi SK Puncak Alam 2 di sini pada Sabtu.

KUALA SELANGOR - Seorang wanita baharu lepas pantang tidak mahu melepaskan peluang mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 2 di sini pada Sabtu.

Nurul Iffah Norhusaini, 29, mencuri tumpuan apabila menyorong kereta sorong bayinya yang berusia dua bulan selepas membuang undi kira-kira jam 8.10 pagi.

Iklan
Iklan

Menurut Nurul Iffah, tanggungjawab itu dilaksanakan sebaiknya bagi memilih Ahli Parlimen Kuala Selangor yang boleh berkhidmat untuk rakyat.

"Saya sebagai pemilih ingin menjadi salah seorang pemilih menentukan calon terbaik demi masa depan negara," katanya ketika ditemui pada Sabtu.

Iklan

Seorang lagi pengundi yang hanya berkerusi roda, Mohd Tajri Mohd Affandi, 46, berkata, dia tiba di pusat pengundian di sekolah itu sejak jam 8 pagi.

Katanya, meskipun kudratnya terhad, namun tetap bersemangat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Iklan

"Saya menghidap komplikasi pelbagai penyakit seperti buang pinggang dan kencing manis, tetapi tidak sesekali melupakan tanggungjawab selagi terdaya," jelasnya.

Mohd Tajri memberitahu, biasanya dia antara pengundi paling awal beratur ke pusat pengundian setiap kali pilihan raya.

"Saya tidak mahu bersesak lebih-lebih lagi dalam keadaan penularan Covid-19 yang semakin meningkat," katanya.