PRU15: 'Saya teruja dalam masa sama gementar'- Marzuani

Iklan
Calon BN Parlimen Ketereh, Marzuani Ardila Ariffin menunjukkan calitan jarinya selepas selesai membuang undi di SMK Ketereh kira-kira jam 9.25 pagi pada Sabtu.

KOTA BHARU - Calon BN Parlimen Ketereh, Marzuani Ardila Ariffin teruja menjalankan tanggungjawab mengundi sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada Sabtu.

Marzuani yang juga Ketua Puteri UMNO Kelantan tiba di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketereh pada jam 9.05 minit pagi memberitahu perasaannya jauh berbeza berbanding ketika beliau tidak menjadi calon sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Perasaan saya bercampur baur ketika ini. Ada rasa teruja kerana pertama kali mengundi sebagai calon kerana sebelum ini kita undi untuk calon BN lain. Tapi pada masa yang sama ada juga rasa gementarnya.

"Saya juga rasa terharu melihat pengundi lain yang hadir membuang undi hari ini selepas sempat berbual dengan mereka tadi," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai membuang undi kira-kira jam 9.25 pagi di SMK Ketereh di sini, pada Sabtu.

Sebelum ini Parlimen Ketereh disandang Tan Sri Annuar Musa, bagaimanapun kawasan itu menjadi perhatian apabila tokoh politik itu tidak disenaraikan sebagai calon sebaliknya diganti oleh Marzuani.

Iklan

Parlimen P026 Ketereh menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Marzuani Ardila (BN); Khlir Mohd Nor (PN), Rahimi L Muhamud (PH) dan Hanif Ibrahim (Putra) mewakil Gerakan Tanah Air (GTA).