[VIDEO] PRU15: Tiga beradik teruja undi kali pertama

Iklan
Tiga beradik dari kiri, Siti Zaimah, Aini salamah dan Aina Shakirah menunjukkan jari dicelup dakwat pilihan raya.

PUTRAJAYA - Tiga beradik teruja untuk membuang undi buat kali pertamanya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) kali ini.

Menurut Siti Zaimah Shahrul Nizam, dia bersama kakak-kakaknya Aini salamah dan Aina Shakirah bersiap seawal jam 7 pagi sebelum menuju ke pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2).

Iklan
Iklan

"Kami tinggal di kawasan ini dan alhamdulillah selesai mengundi," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Sabtu.

Dia berkata telah membuat pilihan calon sebelum hadir ke pusat pengundian.

Iklan

"Saya telah 'study' latar belakang calon sebelum ini dan buat pilihan," katanya.

Meskipun tidak melibatkan diri dalam politik, Siti Zaimah,20, berkata, dia mengambil pendekatan untuk 'mendekati' calon menerusi media sosial.

Iklan

"Kita tahu banyak kempen-kempen yang dilakukan oleh calon menerusi media sosial," katanya.

Sementara itu, seorang pengundi hadir memakai busana baju Melayu lengkap ketika proses buang undi di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1).

Mohd Khairul umpama pahlawan Melayu hadir menunaikan tanggungjawab.

Ketika didekati pemberita, Mohd Khairul Nizam Hosnas berkata, pemakaian busana itu sebagai meraikan 'hari besar' bagi rakyat Malaysia.

"Saya sudah lama impikan untuk memakai busana penuh pada hari pengundian. Alhamdulillah tercapai hari ini," katanya.