Hadi mohon nasihat Tun M

Iklan
Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM -"Bukan saya sahaja perlu nasihatkan Tun (Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad), Tun juga perlu nasihatkan saya," gurau Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Bicara Minda di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini.

Hadi berkata beliau tidak mahu menyentuh mengenai Tun M ketika diajukan soalan oleh moderator.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Tun M mempunyai peranan dalam tempoh yang panjang sebagai Perdana Menteri dan kemudian menyambung kembali peranan berkenaan untuk kali kedua.

"Kita sedar ada kelebihan dia (Tun M)... ada kebaikan dia... Saya tak mahu sentuh itu.

Iklan
Iklan

"Kalau Tun banyak komen tentang Pas, saya pun ada banyak komen tapi kita ambil yang positif sahaja tolak yang negatif," tegasnya.