PRU15: Enggan tanggal topeng, 'Predator' dihalang mengundi

Iklan
Predator mengundi - Foto kredit The Star

GEORGETOWN - Seorang individu berpakaian makhluk asing, 'Predator' dihalang untuk membuang undi di sebuah pusat pengundian di sini kerana enggan menanggalkan topengnya.

Memetik laporan The Star, pengundi misteri itu muncul dengan kostum berkenaan di sebuah pusat pengundian Desa Intan 7A, Farlim.

Iklan
Iklan

Anggota polis yang hadir menyuruh individu terbabit untuk pulang bagi menukar pakaian jika mahu melaksanakan hak sebagai pengundi.

Ketika ditemu bual, pengundi misteri itu enggan memberitahu nama, butiran peribadi lain dan alasan memakaikan pakaian berkenaan.

Iklan

Di Sekolah Kebangsaan Sri Aman di Kampung Melayu, Muhamad Shah Rizal Mat Sahat, 32, pula berpakaian adiwira Captain America.



"Ini kali pertama saya mengundi dengan kostum adiwira,” katanya.

Iklan