PRU15: 9 beradik keluar mengundi bersama walau beza pilihan

Iklan
Walaupun berbeza pendirian bukan halangan untuk sembilan beradik ini untuk keluar mengundi bersama-sama.

HULU TERENGGANU - Sembilan beradik bersemangat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi apabila bersepakat keluar membuang undi bersama-sama di Sekolah Kebangsaan (SK) Tengkawang, Kuala Berang.

Hari mengundi bukan sahaja tugas menentukan kerajaan yang akan mentadbir tetapi menjadi penyatuan silaturahim bagi adik-beradik berkenaan yang sebahagiannya bekerja di luar.

Iklan
Iklan

Anak sulung, Norul Hamimie Mohd Tahir, 42, berkata, walaupun sibuk bekerja di Pulau Pinang, namun dia tetap pulang ke kampung untuk menunaikan tanggungjawab.

"Saya balik sehari sebelum mengundi dan walaupun terpaksa menempuh kesesakan jalan raya itu bukan alasan.

Iklan

"Adik-adik yang lain juga bekerja jauh dari Kuala Lumpur, Johor dan serata tempat di seluruh negeri," katanya.

Dia yang bekerja sebagai jururawat berkata, Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15) bagaikan sambutan hari raya dan seluruh laluan kampung serta jalan utama meriah dengan bendera pelbagai parti.

Iklan

"Kesempatan ini juga kita manfaatkan untuk bersama keluarga.

"Walaupun dalam kalangan adik-beradik berbeza pandangan parti tetapi kami tetap bersatu untuk menunaikan amanah kepada negara," katanya.