PRU15: Pinjam pakaian seragam sekolah anak pergi mengundi

Iklan
Tiga sahabat memilih memakai pakaian seragam sekolah untuk mengundi pada PRU15 di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Palong 3 di sini.

JEMPOL- Jika di Rantau, Rembau empat sahabat memakai baju warna sedondon, di Jempol pula tiga sahabat memilih memakai pakaian seragam sekolah untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Palong 3 di sini.

Roslina Janian, 42, Faridah Jaffar, 35, dan Murni Hasan, 37, masing-masing merupakan anak Felda Palong 3 hadir mengundi antara jam 9 hingga 10 pagi Sabtu.

Iklan
Iklan

Roslina berkata, dia memilih untuk memakai pakaian sekolah ketika mengundi berikutan bersesuaian dengan lokasi pengundian yang dilaksanakan di sekolah.

"Kami sepakat pakai seragam pelajar sekolah menengah selepas idea ini tercetus secara tiba-tiba malam tadi. Ia bagi membuat sedikit kelainan memeriahkan suasana pengundian.

Iklan

Faridah pula berkata, pada awalnya agak malu untuk berpakaian seperti itu kerana sudah lama meninggalkan alam persekolahan.

"Kami pinjam baju anak-anak kami sendiri sahaja, tidak beli baharu pun. Alhamdulillah masih muat dan berasa sangat-sangat teruja sebab banyak kenangan pahit manis ketika zaman persekolahan dapat diimbau," katanya.

Iklan

Sementara itu, seorang lagi rakannya Murni berkata, ia merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan olehnya ketika PRU15 ini.

Tiga sahabat dari Felda Palong 3 memakai pakaian seragam sekolah ke tempat mengundi.

"Kami hadir mengundi pada waktu pagi kerana keadaan cuaca yang tidak menentu.

" Saya tidak mahu terlepas satu undi sebab dalam tempoh lima tahun selepas ini negara akan ditadbir dengan lebih baik hasil undian kami," katanya.

Pada PRU15 ini, kerusi Parlimen Jempol berdepan pertandingan empat penjuru, calon Barisan Nasional (BN) diwakili oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli bertembung dengan Noraffendy Salleh (Perikatan Nasional), Norwani Ahmat (Pakatan Harapan) dan Tan Sri Mohd Khalid Yunus mewakili Pejuang.