PASIR GUDANG - Pasangan kembar seiras, Dayini Zulqamaria Zulkifli dan Dayana Zulqamarina, 25, antara pengundi paling yang tiba awal di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rinting 1 di sini pada Sabtu.
Kedua-duanya yang ditemani ibunya, Sa'diah Suriff tiba jam 7.50 pagi dalam keadaan hujan renyai-renyai berpakaian baju kelabu sedondon sambil berkongsi payung.
Diyini Zulqamaria berkata, mereka teruja kerana mengundi buat pertama kali selepas mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) empat tahun lalu.
Apatah lagi katanya, dapat mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dianggapnya amat penting dan bersejarah.
"Walaupun kami kembar dan sentiasa bersama sejak dari tadika lagi, kami mempunyai pandangan dan ideologi politik yang berbeza.
"Namun, perbezaan ini kami raikan, tidak timbul isu bermasam muka kerana masing-masing berharap pemimpin yang dipilih nanti mengutamakan kebajikan rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui pemberita pada Sabtu.
Dayana Zulqamarina pula berharap, kerajaan baharu nanti tidak menumpukan kepada projek mega yang tidak berimpak besar malah mementingkan pembangunan yang membawa kebaikan kepada rakyat.
Katanya, antara isu yang perlu diberi tumpuan ialah menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam, jaringan jalan raya selain mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
"Walaupun saya dan kembar masing-masing sibuk menguruskan perniagaan keluarga, namun kami tetap cakna tentang perkembangan politik semasa dan ada pilihan calon yang diberi sokongan," katanya.