[KEPUTUSAN] Kesemua pusat mengundi telah ditutup secara rasmi pada jam 6 petang dan kini tumpuan terarah kepada pusat pengiraan undi yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Jentera parti pula kini berkumpul di pusat operasi masing-masing di mana mereka akan membuat pengiraan undi, selain SPR. Ikuti perkembangan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bersama kami.