PETALING JAYA - Hampir 100 pengamal media di dalam dan luar negara mula berkumpul di Pusat Media Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Pakatan Harapan (PH) di salah sebuah hotel di sini.
Hotel ini menjadi tumpuan susulan petugas media difahamkan ia akan dihadiri pimpinan tertinggi gabungan tersebut bagi menyaksikan pengumuman keputusan pilihan raya yang disifatkan paling mencabar.