KUALA LUMPUR - Keputusan tidak rasmi bagi Parlimen Batu menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN), Azhar Yahya mendahului calon lain dengan jumlah 340 undi.
Sinar Harian difahamkan, jumlah tersebut direkodkan setakat jam 7.30 malam susulan hanya satu peti undi telah dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi Rasmi, Sekolah Menengah Sentul Utama, Jalan Ipoh setakat ini.
Iklan
Iklan
Manakala pengiraan bagi 196 saluran lagi sedang dimuktamadkan di pusat pengundian sebelum dibawa ke pusat penjumlahan undi rasmi.
Berdasarkan maklumat yang diterima juga, difahamkan lebih 72 peratus pengundi keluar mengundi bagi Parlimen Batu.
Kerusi Parlimen Batu terdiri daripada 113,863 pengundi menyaksikan pertembungan sepuluh penjuru membabitkan calon penyandang, calon yang kembali bertanding dan muka baharu pada PRU15.
Pada PRU14, Parlimen Batu dimenangi oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), P Prabakaran dengan majoriti 24,438 undi.
Artikel Berkaitan