Calon BN mendahului di Parlimen Sepang

Iklan
Calon BN kerusi Parlimen Sepang, Anuar Basiran mendahului keputusan pengundian awal yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang pada Selasa lalu.

SEPANG - Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Sepang, Anuar Basiran mendahului keputusan pengundian awal yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang pada Selasa lalu.

Naib Ketua UMNO Sepang itu mendahului dengan 890 undi manakala calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Rina Mohd Harun meraih 682 undi dan Raj Muni Aiman Athirah (PH) dengan 78 undi.

Iklan
Iklan

Jumlah tersebut menyaksikan Anuar mendahului dengan majoriti 208 undi.

Parlimen Sepang mencatatkan jumlah pengundi seramai 167,988 orang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Iklan
Iklan