Polis terima lima laporan nama diguna individu lain

Iklan

MELAKA - Polis Melaka mengesahkan menerima lima laporan polis berhubung kejadian identiti telah digunakan oleh individu lain pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Polis negeri, Datuk Zainol Samah berkata, kelima-lima individu iaitu empat wanita dan seorang lelaki berusia 22 hingga 64 tahun telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Iklan
Iklan

"Kami menerima laporan daripada lima individu kerana dihalang daripada membuang undi susulan identiti mereka telah digunakan orang lain.

"Berdasarkan semakan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri melalui kad pengenalan, senarai nama mereka telah ditanda hadir (mengundi)," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Iklan

Jelas beliau, pemeriksaan jari kesemua pengadu tidak dicelup dakwat kekal.

Ujar beliau, kawasan pusat pengundian yang terlibat adalah Balai Raya Seri Cempaka Peringgit, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Gelam, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Mutahir Batu Berendam, SK Convent Infant Jesus 1 dan SK Tanjung Minyak 2.

Iklan

"Kesemua kes dilaporkan berlaku antara jam 9 pagi sehingga 2.30 petang.

"Susulan laporan itu polis negeri telah membuka lima kertas siasatan mengikut Seksyen 7 Akta Pilihan Raya 1954," katanya lagi.